Wednesday, December 8, 2010

Alan Pardew adalah pillihan untuk menguruskan Newcastle United

Alan Pardew percaya bahawa dia mempunyai kelebihan untuk menggantikan Chris Hughton yang disingkirkan daripada menguruskan Newcastle United. Dia berkemampuan untuk meyakinkan pemilik kelab Mike Ashley memenuhi kehendaknya untuk membawa hala tuju kelab termasuk mendapatkan pemain remaja dan bekerja dalam masa perpindahan yang ketat.

Pardew yang pernah mengemudi West Ham dan Southampton sekarang ini berada di Jerman mengadakan kursus kejurulatihan memberitahu bahawa dia sudah bersedia untuk ke St James Park.

Martin Jol juga dikaitkan dengan kerusi panas ini apabila dia meletakkan jawatan sebagai pengurus Ajax sejam selepas penyingkiran Chris tetapi memberitahu bahawa dia tidak mahukan tugas ini sebagai menunjukkan rasa hormatnya kepada Chris yang pernah membantunya ketika mengemudi Tottenham suatu ketika dulu.

Selain itu, Alan Curbishley juga memberitahu semalam bahawa dia tidak meminati tugas di Newcastle selain Alan Shearer awal-awal lagi menyatakan bahawa dia tidak berminat untuk memikul semula tanggungjawab ini.

Newcastle mahukan jawatan ini dipenuhi pada Jumaat nanti sebelum pertembungan menentang Liverpool pada hujung minggu nanti.

Hari ini Mick Ashley and Pengarah Urusan Derek Llambias memberitahu bahawa Hughton disingkirkan adalah kerana dia tidak mempunyai perancangan jangka panjang untuk masa hadapan Newcastle walaupun dia adalah seorang jurulatih yang baik.

No comments:

Post a Comment