Tuesday, December 21, 2010

Tevez tarik balik hasrat untuk meninggalkan Man City

Ini berita terkini mengenai penyerang sensasi dan ayam tambatan Roberto Mancini di Eastland, Manchester City. Berita yang membuatkan peminat Manchester City boleh kembali ceria dengan harapan untuk berada di takhta liga EPL buat sementara waktu setelah kali terakhir mendiaminya pada 1929 lalu.

Sekali imbas plot cerita mengenai Tevez ini sama juga seperti yang dilakukan bintang Manchester United Rooney pada bulan lepas.Tetapi dikhabarkan tiada perubahan kontrak yang dibuat keatas kontrak Tevez yang sedia ada.

Dari sumber website Manchester City memberitahu Carlos Tevez telah memberi komitmennya kepada kelab tersebut dan menarik balik surat permohonannya untuk berpindah. Carlos kini hanya memberi fokus untuk pertemuan EPL seterusnya menentang Everton.

Pengurus Manchester City, Roberto Mancini memberi komen “Carlos adalah seorang pemain yang berkelas dunia dimana bantuannya kepada kelab ini adalah tidak ternilai. Saya bergembira kerana sekarang kami sudah boleh kembali fokus kepada hal bolasepak dan berharap Carlos akan terus menggunakan kebolehannya untuk membawa kelab ini kehadapan".

No comments:

Post a Comment