Monday, December 20, 2010

Cuaca Sejuk halang pertemuan kelab EPL minggu ini

Beberapa perlawanan EPL terpaksa dihentikan minggu ini berikutan cuaca sejuk yang melampau dan keseluruhan padang stadium kini hanya dilitupi oleh salji.

Hanya dua perlawanan sahaja yang dapat dilangsungkan semalam iaitu pertemuan Sunderland - Bolton yang memihak kepada Sunderland 1-0 dan pertemuan antara Blackburn - West Ham yang berkesudahan 1-1. Pertemuan-pertemuan lain yang melibatkan Chelsea vs Manchester United, Wigan Athletic vs Aston Villa, Liverpool vs Fulham, Arsenal vs Stoke City, Newcastle United vs Birmingham City, West Bromwich Albion vs Wolverhampton Wanderers dan Blackpool vs Tottenham Hotspur terpaksa dibatalkan akibat keadaan cuaca yang terlalu sejuk.

Pertemuan berprofil tinggi Manchester United - Chelsea di Stamford Bridge terpaksa dibatalkan selepas mendapat nasihat daripada pihak berkuasa tempatan dan polis akibat salji tebal di London.

Sebelum itu DW Stadium di Wigan cuaca lebih buruk lagi akibat keadaan salji yang melitupi keseluruhan stadium. Walaupun pihak kelab telah berusaha untuk membersihkan salji setebal 10 inci, namun pihak berkuasa tempatan tetap menasihatkan agar perlawanan tidak akan diadakan.

No comments:

Post a Comment