Wednesday, December 29, 2010

Chelsea : 6 perlawanan tanpa kemenangan

Ancelotti kini dibantu oleh penganti Wilkins Micheal Emenalo
Chelsea tewas lagi, kini kepada Arsenal dengan jaringan 1-3.

Selepas kekalahan Chelsea ditangan Manchester United pada perlawanan pembukaan EPL, Charity Shield awal musim ini, mereka mula bangkit seperti memberitahu bahawa tiada sesiapa pun yang layak merampas takhta EPL setelah mereka merampasnya dari Manchester United pada musim 2009/2010.

Tetapi bagai ada sesuatu yang tidak kena selepas kekalahan 2-0 mereka kepada Liverpool dalam saingan liga beberapa minggu lalu. Kekalahan itu bagai memberi satu petanda yang pasukan gergasi ini mula mengalami masalah dalaman. Bermula dengan penyingkiran pembantu jurulatih Ancelloti, Ray Wilkins, satu persatu berita yang kurang sedap kedengaran di Stamford Bridge termasuk berita Ancelotti yang dikatakan akan disingkirkan setelah tamat saingan musim ini nanti.

Semalam dengan kekalahan 1-3 kepada Arsenal, Chelsea kini sudahpun mengharungi 6 perlawanan liga tanpa sebarang kemenangan yang membolehkan mereka kini bakal terkeluar daripada saingan 5 terbaik liga buat sementara waktu.

Ancelotti memberitahu yang dia akan mengambil tanggungjawab penuh keatas pasukan ini dan dia juga mungkin risau seperti dua tahun lalu dimana dengan situasi yang serupa seperti sekarang Abramovich
telah menyingkirkan Luiz-Felipe Scolari. Adakah senario tersebut mungkin berulang keatas Carlo Ancelotti?.

Untuk menyelamatkan dirinya dia menegaskan yang sehingga kini Chelsea masih lagi "tidur" dan dia akan menjadi orang yang pertama mengejutkan mereka.

Ditanya adakah Abramovich akan menyingkirkan beliau, dia menjawab ia bergangtung kepada pemilik itu sendiri dan dengan situasi sekarang jelaslah yang dia tidak bergembira. Enam permainan tanpa sebarang kemenangan adalah sesuatu yang paling teruk untuk Chelsea didalam 11 tahun ini dam Ancelloti mengakui terdapat beberapa pemainnya yang mempunyai masalah keyakinan.

Ancelotti menambah kekalahan semalam juga adalah disebabkan oleh persembahan pemainan Arsenal yang cemerlang dan dia sendiri agak terkejut dengan permainan mereka.

Selain itu, pengurus Arsenal, Arsene Wenger mempertahankan karier Ancelotti masih selamat walaupun tewas kepada pasukannya. Dia meletakkan tahap pengurusan Ancelotti pada kedudukan yang terbaik dan sekiranya dia kehilangan kerjayanya di Chelsea ia adalah sesuatu yang pelik.

No comments:

Post a Comment