Wednesday, December 8, 2010

Penyingkiran Chris Hughton adalah suatu jenaka di Newcastle

Pemain pertahanan Newcastle United, Jose Enrique berkata penyingkiran Chris Hughton sebagai Pengurus Newcastle United akan dianggap sebagai satu jenaka sekiranya penggantinya bukan daripada pengurus yang terkenal.

Enrique, 24 amat bersedih dan terkejut dengan pemergian Hughton pada Isnin lepas dan tidak faham mengapa dia dipecat daripada tugasnya. Dia memberitahu "Peminat Newcastle tidak berpuashati, pemain-pemain juga tidak berpuas hati"

"Kami semua amat berpuas hati dengan Chris. Dia sangat hebat, dia bekerja amat keras dan kami mahu dia terus di sini. Dia akan memperolehi peluang untuk menguruskan kelab lain nanti kerana dia amat hebat. Ini adalah kejutan yang amat besar, kami tidak tahu menahu mengapa dia di pecat dan siapakah pegantinya nanti."

Dia menambah "Pasukan ini bukanlah pasukan yang berada pada kedudukan 6 terbaik di liga. Tetapi tiada kemungkinan yang kami akan berada pada zon bawahan. Ini adalah perkara biasa untuk kami. Sesuatu yang pelik berlaku di sini."

Buat sementara waktu pasukan ini akan diurus oleh pengurus skuad muda mereka Peter Beardsley.

Alan Pardew dan Martin Jol adalah diantara jurulatih yang dijangka berkemungkinan akan menggantikan tugas Chris Hughton. Martin Jol baru-baru ini telah pun meletakkan jawatannya di Ajax Amsterdam dengan memberi alasan kegagalan Ajax di Kejohanan Kejuaraan Eropah sebagai punca dia mengundur diri.

Mungkin ada sesuatu yang diharapkan oleh pemilik kelab ini, Mike Ashley untuk mengembalikan kegemilangan Newcastle pada masa lalu. Chris Hughton adalah pengurus yang ketujuh di pecat daripada St James Park selepas era Sir Bobby Robson yang mengemudi Newcastle selama 5 tahun.

1. Graeme Souness (2004-2006)
2. Glenn Roeder (2006-2007)
3. Sam Allardyce (2007-2008)
4. Kevin Keegan (2008-2008)
5. Joe Kinnear (2008-2009)
6. Alan Shearer (2009-2009)
7. Chris Hughton (2009-2010)

No comments:

Post a Comment