Friday, November 19, 2010

Antara 10 pemain sasaran Arsenal Januari nanti

Arsene Wenger boleh dikatakan adalah diantara "good spender" pada musim lepas selepas hanya membelanjakan disekitar £11.7M sahaja untuk mendapatkan Laurent Koscielny dan Sebastien Squillaci selain mendapatkan Chamakh secara percuma. Rekod pembeliannya Wenger juga agak menarik kerana setakat ini hanya pernah membelanjakan £10.5 million untuk Jose Reyes pada 2004 dan £15 million untuk Andrey Arshavin pada 2009.

Berikut adalah 10 pemain yang menjadi sasaran Arsenal pada musim perpindahan Januari nanti.

1. Mark Schwarzer
Penjaga gol kebangsaan Australia berusia 38 tahun ini berada di Fulham dan Mark Schwarzer amat berminat untuk ke Arsenal. Wenger amat memerlukan penjaga gol yang berkaliber setelah Manuel Almunia seringkali melakukan kesilapan ketika beraksi dan Lucas Fabianski sehingga kini gagal menunjukkan aksi yang konsisten.

2. Shay Given
Given kini hilang tempatnya di kesebelasan Manchester City kepada Joe Hart dan adalah prospek penjaga gol terbaik Wenger. Wenger amat memerlukan penjaga gol setaraf Given di Arsenal tetapi Manchester City mungkin tidak melepaskannya ke Arsenal selain option untuk ke Fulham sekiranya Schwarzer ke Arsenal.

3. Jan Vertonghen
Berada di Ajax sekarang dan menghasilkan paduan tenaga yang berkesan bersama Thomas Vermaelen ketika beraksi untuk Belgium. Dikatakan Ajax mahu melepaskan pemain ini pada harga £8M dan ia amat bersesuainya dengan sasaran Wenger. Berkebolehan bermain pada posisi pertahanan tengah dan defensive midfielder.


4. Gary Cahill
Kini berada di Bolton dan menunjukkan persembahan yang meyakinkan. Wenger sanggup berbelanja melebihi rekod pembelian pemain petahanannya setakat ini iaitu £10M untuk Vermaelen untuk mendapatkan Cahill ke Arsenal setelah kini dia kekurangan option untuk pemain berkualiti di posisi pertahanan tengah.

5. Phil Jagielka
Arsenal telah mencuba mendapatkannya pada Ogos lepas tetapi gagal setelah Everton meletakkan pada harga £22 million. Kini Wenger akan mencuba sekali lagi setelah Everton dikatakan telah menurunkan harganya. Cuma Jagielka mendedahkan yang dia tidak mahu kemana-mana Januari nanti dan Wenger terpaksa menunggunya sehingga musim depan.

6. Siyanda Xulu
Pertahan berusia 18 tahun Afrika Selatan dan amat memberangsangkan ketika berada di latihan percubaab di Arsenal. Kini menganggotai kesebelasa utama Mamelodi Sundowns dan amat teruja sekiranya bermain di EPL.

7. Atila Turan
Seorang pemain Perancis berbangsa Turki dan kini bermain di kelab Grenoble di Liga 2 Perancis. Berusia 18 tahun dan telahpun diperhatikan oleh Barcelona dan Fiorentina. Bermain pada posisi kiri dan boleh beroperasi untuk midfield dan pertahanan.

8. Robert Pires
Kini sedang mengikuti latihan bersama Arsenal dan Wenger mendedahkan pemain berusia 37 tahun ini masih lagi berkeupayaan untuk beraksi di EPL. Tetapi berkemungkinan Wenger tidak memberi kontrak kepadanya kerana Arsenal sudah mempunyai cukup pemain berkaliber dibahagian serangan. Sekiranya Pires tidak mendapat kontrak daripada mana-mana kelab Januari ini berkemungkinan Wenger akan menggunakannya sekiranya ada krisis kecederaan.

9. Omri Altman
Midfielder daripada Israel berusia 16 tahun dan mempunyai kontrak bersama Maccabi Tel Aviv. Dia sedang mencari kelab bermain di England dan telah menjalani latihan percubaan di Liverpool. Dilaporkan Arsenal akan cuba mendapatkannya terlebih dahulu dan berada di Arsenal adalah menjadi kelebihan kepada pemain ini kerana Arsenal amat terkenal dengan produk-produk muda mereka.

10. Ibrahim Afellay
Menjadi sasaran banyak kelab setelah dia akan berstatus "free agen" musim panas nanti dan PSV dilaporkan sudah bersedia menjualnya pada £4M pada Januari nanti daripada kehilangannya secara percuma. Bermain di posisi attacking midfielder dan sayap selain berkeupayaan menjaringkan gol. Berusia 24 tahun dan adalah anggota skuad Piala Dunia Belanda.

Juga menjadi sasaran Barcelona dan Atletico Madrid dan mungkin tidak menjadi pilihan Wenger yang mempunyai ramai pemain dibahagian ini.

No comments:

Post a Comment