Saturday, November 13, 2010

Nicklas Bendtner ancam untuk tinggalkan Arsenal

Dalam satu temubual suratkhabar Denmark Bendtner memberitahu bahawa dirinya adalah lebih baik berbanding beberapa muka yang sering menyertai kesebelasan utama Arsenal. Ternyata pemain ini sebenarnya amat kecewa kerana Wenger jarang menurunkannya untuk bermain di Arsenal dan sering berada di bangku simpanan sahaja.

Pemain berusia 22 tahun ini mendedahkan sekiranya situasi ini tidak berubah, sudah tiba masanya untuk berpindah. Dengan menambah dia sudah lama menunggu dengan penuh sabar.

Bagaimanapun Wenger masih mendesak Bendtner menunggu sedikit masa lagi. Wenger memberitahu yang dia amat menyanjungi sikap dan semangat Bendtner tetapi dia harus bekerja lebih keras untuk berada pada tahap kecergasan yang baik sebelum dibenarkan bermain bersama Arsenal.

Wenger menambah lagi tiada pemain Arsenal yang akan berpindah pada Januari nanti dan semua peluang bermain pada pasukan utama adalah bergantung kepada persembahan. Tahap keyakinan yang ditunjukkan Nicklas sekarang agak memuaskan tetapi ia hanya boleh dinilai diatas padang dan dia juga telah menunjukkan tahap kemajuan yang semakin baik.

Wenger kelihatan sering menggunakan Marouane Chamakh pada musim ini sebagai penyerang utama Arsenal sementara menunggu Robin van Persie pulih daripada kecederaannya.

No comments:

Post a Comment