Friday, November 12, 2010

Blackpool akan di siasat

Holloway percaya tindakkannya menurunkan bukan pemain
utama pasukan tidak harus dipertikaikan oleh FA.
Dengan jadual perlawanan EPL yang semakin ketat dengan dua perlawanan seminggu, nampaknya kini perubahan yang dilakukan oleh pengurus pasukan tidaklah hanya tertumpu daripada sudut taktikal sahaja sebaliknya banyak pasukan kerdil kini mula membuat percaturan keputusan perlawanan seperti hanya menumpukan kepada perlawanan yang berkemungkinan untuk menang sahaja.

Pada hari ini pengurus Blackpool Ian Holloway berkemungkinan akan disiasat ole FA atas dakwaan dia membuat 10 penukaran pemain dengan merehatkan pemain-pemain handalannya pada perlawanan semalam dimana Blackpool telah ditewaskan oleh Aston Villa dengan keputusan 3-2 hasil daripada jaringan lewat James Collin.

Wolves pada tahun lepas telah didenda £25,000 kerana kesalahan yang serupa semasa pertemuan mereka dengan Manchester United dan secara jujur pengurus mereka Mick McCarthy mengaku sengaja melakukannya untuk membolehkan mereka menumpukan perlawanan menentang sebuah lagi kelab yang lemah (Burnley) selepas itu.

Berbeza pula dengan Holloway yang kini mempertahankan tindakannya atas alasan penukaran tersebut tidak melemahkan pasukannya sebaliknya terpaksa melakukannya kerana jadual perlawanan yang agak ketat sekarang.

Holloway juga amat berang bila disoalkan kemungkinan Blackpool akan didenda dan dia mengancam untuk meletakkan jawatan sekiranya berlaku sedemikian. Ini kerana Holloway didakwa sengaja merehatkan barisan bintangnya untuk menyediakan diri untuk perlawanan yang agak mudah bagi mereka Sabtu ini dengan menentang pasukan pada zon penyingkiran West Ham.

No comments:

Post a Comment