Thursday, November 4, 2010

Ancelloti mahukan Kaka ke Chelsea

Chelsea kini sedang berusaha untuk membawa playmaker Brazil, Kaka dari Real Madrid. Pemain berusia 28 tahun ini sedang bergelut untuk mencapai kemuncak prestasi di Bernabeu setelah kecewa pada musim pertamanya bersama Real Madrid. Setelah disisihkan daripada skuad Real Madrid, Kaka kini sedang melihat destinasi berikutnya dan mengharap akan diterima di Chelsea melalui hubungan baiknya dengan Ancelotti di AC Milan dulu.

Carlo Ancelotti mengakui yang kini dia tidak mempunyai cadangan untuk menambahkan skuad  Chelsea pada Januari ini kecuali adanya kecederaan, tetapi peluang untuk bergabung semula dengan Kaka adalah sesuatu perkara yang sukar ditolak olehnya. Kedua-dua pemain dan jurulatih ini telah meninggalkan AC Milan pada tahun lepas.

Bagaimanapun, Chelsea mungkin perlu membelinya denga harga yang mahal kerana Presiden Bernabeu sekarang Florentino Perez adalah peminat Kaka dan dia dibeli ke Madrid pada tahun lepas dengan harga pada £56M.
Kaka kurang diturunkan pada skuad Madrid sekarang kerana Jose Mourinho kini lebih berminat untuk menggunakan generasi baru di Madrid dengan pemain-pemain seperti Mesut Ozil dan Sergio Canales.

No comments:

Post a Comment