Monday, November 22, 2010

Aston Villa mahukan Nicklas Bendtner

Setelah John Carew yang dipercayai berbalah dengan Gerrard Houllier baru-baru ini. Terdapat spekulasi yang kedengaran di Villa Park sekarang mengenai potensi perpindahan yang boleh dikatakan berprofil tinggi.

Terdahulu Blackburn dikatakan telah mengambil kesempatan ini untuk memancing Carew ke sana. Sebagai ganti Carew pula, Villa dikatakan sedang berusaha untuk mendapatkan Nicklas Bendtner daripada Arsenal.

Kesahihan berita Houllier adalah satu kemungkinan sahaja walaupun pemilik Villa, Randy Lerner telahpun bersetuju untuk memberi dana kepada Houllier untuk membeli pemain baru Januari ini. Tetapi Arsene Wenger dari awal-awal lagi telah mengumumkan bahawa tiada pemain Arsenal yang akan berpindah Januari nanti.

Bendtner menjadi sasaran Houllier setelah baru-baru ini penyerang Denmark yang baru pulih daripada kecederaan itu telah meluahkan rasa bosan didalam satu sidang media di Denmark dan mendesak untuk meninggalkan Arsenal bagi membolehkannya mendapat peluang bermain sebagai pemain kesebelasan utama.

No comments:

Post a Comment