Tuesday, November 9, 2010

Pengarah Strategi Bolasepak Liverpool : Siapakah dia Damien Comolli?

Mungkin agak asing bagi kita atau namanya telah tenggelam di arena EPL menyebabkan kita tidak pernah mendengar nama ini sehinggalah pada beberapa minggu lepas dia dilantik sebagai Pengarah Strategi Sukan oleh pemilik baru Liverpool.

Tetapi bagi peminat Tottenham nama ini tidak asing bagi mereka. Dialah antara dalang yang menjadi punca kejatuhan teruk Tottenham di liga EPL dengan permulaan yang teruk diawal musim 2008 dan mengakibatkan dirinya dan Juande Ramos terpaksa meninggalkan England dan Spurs dengan reputasi yang tercalar. Legasi mereka seterusnya disandang oleh pengurus sekarang Harry Redknapp.

Untuk peminat Liverpool, jangan cepat mengelabah. Kerana Comolli tidaklah seteruk yang disangka mungkin ada sesuatu yang berlaku di Spurs yang hanya mereka sahaja yang mengetahuinya pada 2008 lalu. Kerana kredibiliti Comolli lebih terserlah dengan banyak kejayaan yang tidak kita ketahui. Redknapp mendapat pujian sekarang dengan disokong oleh Owen Coyle yang mengatakan dialah bakal melatih skuad England pada masa hadapan dengan kejayaan Tottenham sekarang. Mungkin juga Redknapp sekarang ini sedang menikmati kejayaan daripada hasil kerja Damien Comolli sebelumnya.

Sebelum ke Tottenham sebenarnya Comolli berada di Arsenal dengan kejayaannya mengenalpasti beberapa bakat muda yang seterusnya menjadi bintang di Arsenal seperti Thierry Henry, Robert Pires dan Kolo Toure.

Oleh itu Pengerusi Spurs Daniel Levy telah membawa Comolli ke White Hart Lane pada Disember 2005 dengan melantiknya sebagai Pengarah Sukan.

Ikuti perkembangan beberapa pemain yang telah direkrut oleh Comolli sejak dia menjawat jawatan tersebut.

Dimitar Berbatov (Bayern Leverkusen, 2006, £10.9m)
Bakatnya dikesan sejak 2002 bersama Leverkusen tetapi hanya berkembang sebagai pemain yang mempunyai kemampuan biasa sahaja sterusnya tiada siapapun mahukan pemain Bulgaria ini setelah gagal menunjukan persembahan yang baik bersama Bulgaria pada Euro 2004. Tetapi Comolli tetap mahukan Berbatov ke Tottenham.

Kombinasi permainannya bersama Robbie Keane yang berkesan menyebabkan Manchester United telah mendapatkannya dengan 3 kali ganda harganya pada 2006 iaitu pada £30.75m.

Gareth Bale (Southampton, 2007, £5m)
Peminat The Saints tahu mereka mempunyai seorang pemain muda yang menunjukkan aksi menakjubkan dengan kebolehannya membuat sepakan percuma semasa tahun pertamanya di Southampton.

Pada 2007 Spurs telahpun mendapatkan pemain ini tetapi akibat daripada masalah kecederaan Bale sehingga Comolli disingkirkan pada Oktober 2008, Bale telah menjadi simbol kepada kegagalan Comolli.

Bale dipinjamkan ke kelab liga bawahan dimana dia telah mendapatkan semula sentuhannya dan kini Bale telah menjadi Asset Tottenham yang paling berharga sekarang dan membuktikan kejayaan Comolli. Harga Bale dikatakan telah melebihi £20 Million sekarang.

Luka Modric (Dinamo Zagreb, 2008, £15.8m)
Playmaker Croatia ini adalah pemain yang bertanggungjawab menyingkirkan England pada kelayakkan Euro 2008 dan seterusnya Comolli dengan cepat membawanya ke Spurs. Tetapi di bawah Ramos dia bergelut untuk berada di kesebelasan utama dan seringkali gagal.

Tetapi kini dibawah Harry Redknapp persembahannya semakin mantap termasuk mula menunjukkan kematangan ketika beraksi di Kejuaraan Eropah.

Dengan lebihan pemain di posisi kiri di Spurs sekarang dikatakan juga Alex Furgeson mula meletakkan Modric sebagai salah satu kemungkinan perpindahan Manchester United selepas ini.

Benoit Assou-Ekotto (Lens, 2006 £3m)
Pemain Cameroon ini pada mulanya sentiasa bergelut untuk menyediakan diri dengan permainan gaya Liga EPL dan tidak digunakan semasa pengurusan Martin Jol and Ramos.

Tetapi pada 2008 dia memperolehi tempatnya dibawah Redknapp dan sentiasa dipilih oleh Redkanapp utuk memenuhi posisi bek kiri Tottenham sekarang. Dia semakin berkesan diposisi tersebut mengakibatkan gareth Bale terpaksa dibawa ke posisi midfield dan mereka berdua boleh bertukar posisi pada bila-bila masa semasa permainan.

Heurelho Gomes (PSV, 2008, £7.8m)
Keeper Brazil yang menunjukkan reputasi yang menjunam walaupun berada dibawah Ramos dan Redknapp tetapi selepas kemasukan jurulatih Tony Parks sebagai jurulatih Gomes semakin matang dan boleh diharap meletakkan dia sebagai antara penjaga gol yang terbaik di England sekarang.

Hanya gol kontroversi Nani semasa pertemuan dengan Manchester United baru-baru ini mencalarkan sedikit reputasinya.

David Bentley (Blackburn, 2008, £18m)
Bermain di posisi sayap kanan yang juga kini adalah anggota skuad England tetapi kariernya dikatakan merudum selepas berpindah ke Spurs sebaliknya Aaron Lennon kini lebih menyinar diposisi tersebut.

Masih berusaha untuk mendapat kepercayaan Redknapp hingga kini.

Kevin Prince-Boateng (Hertha Berlin, 2007, £5.4m)
Setelah memperolehi gelaran Pemain Muda Terbaik di Liga Jerman bersama Nertha Berlin Boateng tiba di Spurs dengan hasil usaha Comolli.

Manager Jol mengharapkan dia akan melakukan kejayaan di Jerman ke England tetapi tidak dan dia juga telah hilang tempatnya didalam kesebelasan pasukan antarabangsa Ghana. Semasa Ramos dia telah di turunkan ke pasukan  simpanan tetapi semasa Redknapp pula dia telah di jual ke Portsmouth pada awal musim lepas.

Tetapi pada musim ini dia telah berada di Barcelona.

Ricardo Rocha (Benfica, 2007, £3.3m)
Dikatakan pemain bek tengah Ricardo ini adalah pelaburan terburuk Comolli. Kegagalan besarnya adalah kesilapan tandukan yang membolehkan Arsenal menjaringkan gol pada masa tambahan perlawanan separuh akhir Carling Cup tahun 2008 yang menyebabkan dia disisihkan sehingga tamat musim dan dilepaskan ke Portsmouth.

Gilberto (Hertha Berlin, 2008 £1.9m)
Debutnya bersama Spurs menentang PSV semasa UEFA Cup bermula dengan buruk sehingga dia dikeluarkan pada separuh masa. Selepas satu lagi persembahan buruk di White Hart Lane perlawanan menentang Spartak Mosow pada 2009, dia hanya bermain satu perlawanan seterusnya dan dilepaskan selepas itu.

Hossam Ghaly (Feyenoord, 2006, £3m)
Seorang utility midfielder yang boleh beraksi pada mana-mana bahagian yang dibawa Comolli tetapi pemain ini sangat dibenci oleh peminat Tottenham pada masa itu selepas insiden dia membuang jersey ke padang selepas ditukarkan semasa perlawanan May 2007.

Pemain Egypt ini juga gagal membuktikan kemampuannya di Tottenham. Membuat penampilan semula pada Januari 2009 tetapi kerana reaksi marahnya pada sessi memanaskan badan, Redknapp tidak memasukkannya dan sebulan selepas itu dia meninggalkan Tottenham.

No comments:

Post a Comment