Sunday, November 14, 2010

Gabriel Agbonlahor komited kepada Aston Villa

Penyerang Aston Villa Gabriel Agbonlahor percaya dia akan menjadi "ayam tambatan" Aston Villa sebagaimana Steven Gerrard dikenali di Liverpool selepas menandatangani kontrak 4 tahun dan enam bulan di Villa Park.

Ini bermakna Agbonlahor akan berada di Villa sehingga musim panas 2015 dan dia juga masih menunjukkan minat untuk terus berada disitu sehingga tamat kariernya.

Dia berkata sangat bergembira untuk menabur keringat untuk jangka masa panjang disitu dan amat komited bersama Villa selain dia amat berpuashati dengan perkembangan prestasinya bersama Aston Villa.

"Saya akan terus berada di sini dan berusaha un tuk meningkatkan prestasi saya dari tahun ke tahun" tambah Agbonlahor.

Pemain berusia 24 tahun ini memulakan debutnya bersama Villa 4 tahun lalu dan sehingga kini telah menjaringkan 54 gol untuk semua pertandingan bersama Aston Villa.

Selain itu dia juga telah mendapat 3 caps untuk England dan menyatakan dia tidak percaya dirinya akan bermain untuk kelab lain selain daripada Aston Villa.

No comments:

Post a Comment