Friday, November 5, 2010

Perlawanan rasmi pertama FC United of Manchester

Masih ingatkah anda kepada pasukan FC United? Mereka akan memulakan aksi sulung mereka didalam kejohanan berprestij anjuran FA England pada malam ini. Perlawanan pusingan pertama Piala FA mereka akan menentang pasukan League One Rochdale.

Pemain pertahanan tengah Dave Chadwick yang juga adalah kapten pasukan FC United of Manchester berkata beliau berharap semuanya akan berjalan lancar untuk perlawanan sulung dan bersejarah kelab tersebut didalam Piala FA.

FC United ditubuhkan pada tahun 2005 setelah terdapat segolongan penyokong fanatik Manchester United yang tidak berpuashati dengan pengambilalihan kelab oleh keluarga Glazier. Bagi penyokong-penyokong ini mereka menganggap era keunggulan United telahpun lenyap dengan peristiwa tersebut dan menubuhkan satu pasukan lain yang boleh dibanggakan oleh mereka.

Lawan yang menunggu FC United nanti adalah pasukan Rochdale yang kini menghuni di tangga ke-13 League One – 4 division diatas  FC United selepas promotion pada musim lepas.

Namun apa yang menjadi pembakar semangat kepada pasukan kerdil ini ialah kemenangan 1-0 mereka keatas pasukan Liga Conference, Barrow dan seterusnya melayakkan mereka untuk bertanding secara rasminya didalam Piala FA tahun ini. Tetapi perlawanan pada malam ini adalah melibatkan perlawanan menentang pasukan yang lebih berkualiti dan buat kali pertama juga perlawanan mereka akan disiarkan di kaca televisyen.

"Oleh itu sekiranya kami beroleh kemenangan pada malam ini ia adalah sesuatu yang istimewa" kata pengurus pasukan Karl Marginson.

No comments:

Post a Comment