Saturday, November 27, 2010

Akhirnya Redknapp akui kemampuan Comolli

Selepas dua tahun disingkirkan bersama Juande Ramos daripada White Hart Lane pada 2008 lalu, Damien Comolli yang kini berada di Liverpool, telah mendapat pujian atas hasil usahanya membentuk pasukan Tottenham.
Kaboul antara pemain yang
dibawa ke Tottenham oleh
Comolli.

Pengurus Tottenham sekarang Harry Redknapp yang menggantikan tempat Juande Ramos selepas penyingkiran tersebut hari ini secara terbuka memberitahu umum bahawa dia amat bertuah setelah menggantikan Ramos kerana dapat meneruskan hasil kerja yang ditinggalkan oleh Ramos dan Comolli yang dilabelkan olehnya sebagai sesuatu yang hebat.

"Saya rasa dia (Comolli) sepatutnya yang menerima kredit untuk semua ini, sudah pasti. Kedua-dua mereka telah melakukannya dengan baik sebelum kedatangan saya. Mereka amat hebat"


"Terdapat beberapa pemain yang amat berkualiti di sini. Dia telah membawa pemain-pemain yang luar biasa tetapi kini Tottenham telahpun kehilangan seorang scout yang cemerlang. Dia telahpun ke Liverpool."

Kehilangan Comolli juga bermakna kini mereka telah kehilangan jaringan scout yang terbaik di Perancis.

No comments:

Post a Comment