Thursday, May 19, 2011

Liverpool cuba dapatkan sayap Lille Eden Hazard

Berikutan isyarat yang dikeluarkan oleh Eden Hazard dua hari lepas yang dia sudah bersedia untuk ke kelab yang lebih besar berbanding Lille, Liverpool diberitakan sudah membuat pertanyaan rasmi untuk membawa pemain sayap ini ke Anfield. Antara pakej yang dijanjikan adalah tempat untuk berada di kesebelasan utama.

Sememangnya pemain yang berusia 20 tahun ini dikira sudah cukup syaratnya untuk mematuhi polisi pembelian pemain yang ditetapkan NESV tetapi Liverpool kini perlu bersaing dengan kelab-kelab gergasi Eropah yang lain kerana Eden Hazard juga sudah sekian lama diperhatikan oleh kelab-kelab yang lain sebelum ini seperti Arsenal, Manchester United, Chelsea, Real Madrid, Juventus dan Inter Milan. Inter Milan dan Arsenal sebelum ini juga dikatakan pernah merisik pemain ini beberapa bulan lalu dan peluang Liverpool akan nampak lebih sukar sekiranya meraka gagal menempatkan diri di dalam kejohanan Eropah pada musim depan.

Hazard dipercayai berharga disekitar £15 juta dan kini telahpun mengumpul 19 kemunculan di peringkat antarabangsa bersama Belgium. Pemain yang terkenal dengan kelincahannya mengawal bola dan meloloskan diri ditengah pertahanan lawan ini berkata dia mensasarkan untuk bermain di Seria A dan memberitahu yang dia tidak mungkin akan ke Real Madrid kerana peluangnya untuk bermain di kesebelsan utama nampak sukar.

No comments:

Post a Comment