Monday, August 23, 2010

Sepp Blater Akui England mempunyai peluang untuk menganjurkan Piala Dunia 2018.

Harapan England untuk menganjurkan Piala Dunia 2018 dimulakan dengan 4 hari sessi pengujian fasiliti England dan Presiden FIFA Sepp Blater sendiri mengakui England sememangnya tiada masalah untuk menganjurkan acara ini. Walaubagaimanapun England mungkin menghadapi cabaran yang kuat daripada Russia.

Pasukan bidaan England 2018 akan mula melayan kunjungan 6 orang penilai FIFA selepas ini. Blater menambah semuanya sudah lengkap di England dengan peminatnya, Stadium-stadium dan kemudahan Insfrastruktur.

Selain England dan Rusia, Sepanyol dan Portugal juga telah membida secara kerjasama dan Belanda juga bersepakat membida penganjuran bersama Belgium.

No comments:

Post a Comment