Monday, August 2, 2010

Pemilikan Liverpool akan berubah tangan.

IMEJ kapten Liverpool, Steven Gerrard, terpampang pada pintu masuk Stadium Anfield di Liverpool, England. Mengikut laporan media British, Liverpool mungkin dibeli ahli perniagaan China Kenny Huang dalam beberapa hari lagi. Syarikat pelaburan berpangkalan di Hong Kong dikaitkan dengan kelab Liga Perdana Inggeris itu yang ditawarkan untuk dijual sejak April lalu. Pemilik bersama dari Amerika Syarikat, Tom Hicks dan George Gillett, kini berhutang dengan Royal Bank of Scotland sebanyak £237 juta.

No comments:

Post a Comment