Friday, August 6, 2010

Pengambilalihan Liverpool : 10 Pemain sasaran Roy Hodgson.

Brede Hangeland (Fulham)

Adalah bekas pemainnya semasa di Fulham dilihat mampu menggantikan tempat yang dikosongkan oleh Sami Hyypia.


Fabio Coentrao (Benfica)

Menunjukkan prestasi yang baik di posisi pertahanan kiri semasa Piala Dunia yang lalu, pemain berusia 22 tahun ini juga berkebolehan beraksi di posisi hadapan.


Mesut Ozil (Werder Bremen)
Hogdson juga amat tertarik dengan pemain ini sekarang tetapi kewangan Liverpool masakini membantutkan cita-citanya.

Didier Drogba (Chelsea)
Drogba baru-baru ini mengakui bahawa dia amat berminat untuk bekerjasama dengan Fernando Torres.
Steven Defour (Standard Liege)

Antara pemain tengah yang berkualiti di Eropah. Hogdson pernah memancing pemain ini tetapi diletakkan pada harga £12 m dan ia diluar kemampuan Liverpool.


Steven Pienaar (Everton)
Pemain dari kelab jirannya di Merseyside dan menjadi ujaan peminat-peminat setempat.

Andres Iniesta (Barcelona)
Adalah playmaker yang dikehendaki oleh banyak kelab, dengan kemampuan kewangan Liverpool selepas pengambilalihan adalah tidak mustahil proses perpindahan ini menjadi kenyataan.

Carlton Cole (West Ham)
Hodgson amat memerlukan pemain England untuk melengkapkan kouta 8 pemain Inggeris. Pemain ini boleh digandingkan bersama Torres.

James Milner (Aston Villa)
Pemain antarabangsa England yang dikatakan bercita-cita untuk bermain bersama Liverpool.
Luke Young (Aston Villa)
Menjadi sasaran Liverpool tetapi mendesak gaji yang tinggi. Liverpool mampu untuk membayar pemain ini dengan ganjaran yang tinggi selepas diambilalih.

No comments:

Post a Comment