Sunday, August 22, 2010

Theo Walcott semakin matang

Sejak digugurkan daripada skuad 23 pemain pasukan Piala Dunia England ke Afrika Selatan lalu, Theo Walcott seperti mahu membuktikan bahawa keputusan Capello untuk mengugurkannya adalah salah. Memang beliau kurang konsisten pada musim lalu dan beliau sendiri cuba untuk meyakinkan Capello semasa dua perlawanan ujian sebelum Piala Dunia tetapi ia masih belum dapat menarik tumpuan Capello.

Tetapi Walcott telah bangkit kembali pada awal musim ini , dengan mendapat kembali tempatnya di pasukan England untuk perlawanan persahabatan menentang Hungary awal bulan ini dan kemudian mengesahkan bagi kelabnya dua perlawanan pembukaan dari kempen Liga Perdana .

Pengurus Arsenal Arsene Wenger, yang menandatangani Walcott yang berusia 16 tahun pada tahun 2006 percaya Wallcott akan menjadi harapan England pada masa hadapan. Ini akan menjadi kenyataan sekiranya beliau dapat menjaga sikapnya dan mengelakkan kecederaan. Pada usia nya yang muda beliau pernah disenaraikan didalam skuad Piala Dunia England 2006 walaupun tidak bermain dan beliau juga menjadi pemain termuda menjaringkan hatrick dan membantu menentang Croatia. Tetapi prestasi beliau sedikit terumbang ambing pada 2009 kerana masalah kecederaan.
Kini dengan persiapan yang baik dan bebas daripada kecederaan yang lalu peminat Arsenal mungkin boleh mengharapkan sesuatu daripada Wallcott. Dia telah membuktikannya pada sekarang dan kita ikuti perkembangannya nanti.

No comments:

Post a Comment