Saturday, August 28, 2010

Tahap prestasi Bebe tidak memberangsangkan di Man Utd

Pemain terbaru Manchester United Bebe dilaporkan tidak menunjukkan prestasi yang diharapkan dan dikeluarkan oleh jurulatih Man Utd Ole Gunnar Solskjaer untuk perlawanan simpanan menentang Man City Rabu depan.

Ramai pemerhati bolasepak tertumpu kepada pemain ini yang dikatakan mempunyai pencapaian yang baik sehinggakan Alex Ferguson sendiri sanggup membayar £7.4 million untuk mendapatkannya walaupun beliau sendiri tidak pernah melihat Bebe bermain.

Terdapat khabar angin yang menyatakan bahawa harga sebenar Bebe sebenarnya adalah disekitar £250k sahaja dan bukannya £7.4 million seperti dilaporkan di media.

No comments:

Post a Comment