Wednesday, August 25, 2010

Jose Mourinho bikin kontroversi lagi.

Semalam Jurulatih Real Madrid ini memberi komen kononnya pasukan Liverpool sudah kurang menonjol setelah diambilalih oleh Rafael Benitez 6 tahun lalu. Kenyataan ini nampak ada juga kebenarannya setelah melihatkan jumlah kewangan yang digunakan oleh Benitez dengan kelemahan prestasi pasukan tersebut bersaing di Liga sekarang berbanding sebelum pengambilalihannya dulu.

Hari ini, Jurulatih England Fabio Capello pula menjadi sasaran Mourinho dengan mengatakan pengurusan skuad England semakin kecar-kacir sekarang. Mourinho mengkritik pengurusan Capello dengan menyatakan pemain seperti Wayne Rooney, Steven Gerrard dan Frank Lampard tidak dapat beraksi sebaik mungkin dengan beliau.


Beliau menambah Capello tidak boleh bekerja dengan England kerana dia sendiri tidak mengenali pemain England. Semua pemain takut kepadanya dan mereka tidak boleh bermain untuk dia. Keadaan sekarang pemain England mahukan taktik yang betul dan tidak perlu keliru dengan apa yang mereka harus lakukan dan ini adalah kesalahan Pengurus pasukan itu sendiri.

1 comment: