Thursday, July 22, 2010

Loic Remy mungkin akan ke West Ham.

West Ham berkemungkinan mendapatkan penyerang muda Nice, Loic Remy setelah membuat bidaan terbaru terhadap pemain itu. Penyerang 23 tahun ini juga mendapat perhatian pelbagai kelab terkemuka di Eropah termasuk Liverpool.

West Ham dilaporkan bersetuju untuk membayar €13.5 Juta sekaligus untuk mendapatkan Remy. Kenyataan ini juga telah disahkan oleh pengurus Nice, Patrick Governatori. Beliau menambah sehingga sekarang Liverpool belum lagi menunjukkan kesungguhan untuk mendapatkan Remy secepat mungkin kerana Nice mahu menamatkan kes perpindahan ini sebelum akhir Julai.

No comments:

Post a Comment