Wednesday, July 28, 2010

Deigo Maradona disingkirkan - Alejandro Sabella mungkin mengambil alih.

Jawatankuasa Eksekutif Argentinian FA memutuskan hari ini untuk tidak menyambung kontrak Deigo Maradona. Selepas pertemuan Maradona dan Presiden AFA Julio Grondona kelmarin beliau menetapkan kepada AFA untuk mengekalkan kesemua staffnya sebagai syarat untuk menyambung kontrak yang baru.
Grondona mendedahkan perbualan kelmarin kepada pengurusan dan AFA telah memutuskan untuk tidak menyambung kontraknya.

Perlawanan Argentina seterusnya adalah perlawanan persahabatan menentang Ireland pada 11 Ogos nanti dan buat sementara waktu Sergio Batista akan mengemudikan pasukan itu.

Jurucakap AFA, Ernesto Cherquis Bialo menambah mereka akan mendapatkan Jurulatih tetap secepat mungkin dan berkata "Permintaan yang ditetapkan oleh Maradona adalah diluar kemampuan AFA dan mereka akan mendapatkan jurulatih sebelum perlawanan persahabatan menentang Sepanyol yang dijadualkan pada 9 September nanti"

Tiada senarai pendek yang dikeluarkan setakat ini tetapi Jurulatih Estudiantes Alejandro Sabella, yang membawa kemenangan Estudiantes memenangi Copa Libertadores musim lepas adalah Jurulatih yang paling sesuai buat masa ini.

Barisan kemungkinan untuk perlawanan menentang Ireland nanti.
Goalkeepers:
Sergio Romero (AZ Alkmaar/Netherlands), Mariano Andujar (Catania/Italy)

Defenders:
Martin Demichelis (Bayern Munich/Germany), Walter Samuel (Inter Milan/Italy), Nicolas Burdisso (Roma/Italy), Gabriel Heinze (Marseille/France), Fabricio Coloccini (Newcastle/England), Emiliano Insua (Liverpool/England), Pablo Zabaleta (Manchester City/England)

Midfielders:
Angel Di Maria (Real Madrid/Spain), Maxi Rodriguez (Liverpool/England), Javier Mascherano (Liverpool/England), Jonas Gutierrez (Newcastle/England), Mario Bolatti (Fiorentina/Italy), Javier Pastore (Palermo/Italy), Jesus Datolo (Espanyol/Spain), Fernando Gago (Real Madrid/Spain), Ever Banega (Valencia/Spain)

Forwards:
Sergio Aguero (Atletico Madrid/Spain), Carlos Tevez (Manchester City/England), Gonzalo Higuain (Real Madrid/Spain), Lionel Messi (Barcelona/Spain), Diego Milito (Inter Milan/Italy), Ezequiel Lavezzi (Napoli/Italy)

No comments:

Post a Comment