Tuesday, July 13, 2010

Mario Balotelli akan ke MU atau MC?. Kisah pemain kontroversi ini di Inter Milan.



Semestinya beliau akan bergembira setelah menjadi rebutan antara 2 kelab terkemuka di EPL ini. Sememangnya beliau tidak menyukai dengan isu perkauman yang dihadapinya di Inter sekarang.
Juga dikenali sebagai "Super Mario" dan adalah seorang pakar sepakan percuma. Beliau adalah anak kepada pasangan imigran Ghana yang diserahkan kepada Keluarga Balotelli secara sah semasa berumur 3 tahun. Status ini juga menjadi kontroversi setelah ibubapanya menuntut hak keatas beliau dan beliau menuduh mereka cuba mengambil kesempatan pada dirinya setelah menjadi terkenal.

Profil:
Nama : Mario Barwuah Balotelli
T Lahir : 12 August 1990 di Palermo, Itali.
Posisi : Penyerang
Kelab
2005–2006 Lumezzane 2(0) (Liga utama semasa berumur 15 tahun)
2006–2010 Inter Milan 59(20)
Rekod
- Membantu Inter menewaskan Roma dengan gol penyamaan 2-2 di Final Piala Itali 2008.
- Pemain termuda menjaringkan gol dalam Liga Eropah.

Rentetan kontroversi.
~2005-2007 - Tidak dapat mewakili Itali untuk Kejohanan peringkat umur kerana status kewarganegaraannya dengan Ghana.

~7 Ogos 2007 - Pada umur 17 Tahun beliau menolak pelawaan Jurulatih Ghana (Claude Le Roy) untuk mewakili Ghana di peringkat antarabangsa dan menyatakan kesediaannya untuk mewakili Itali.
~April 2009 - Dikecam oleh penyokong Juventus dengan lagu "a black Italian does not exist" setelah menjaringkan gol penyamaan 1-1. Lagu tersebut juga telah menjadi lagu tema penyokong Juventus walaupun bukan perlawanan menentang Inter. Lagu ini juga dinyanyikan oleh penyokong-penyokong kelab lain sekiranya beliau beraksi.
~Ogos 2009 - Mula bermasalah dengan Jose Mourinho dan disisihkan dari latihan skuad utama. Beliau sering dikritik oleh pemain-pemain utama di Inter Milan.
~March 2010 - Sekali lagi dikritik setelah beliau menunjukkan sokongan kepada AC Milan.
~20 April 2010 - Semasa wisel akhir perlawanan separuh akhir Liga Eropah menentang Barcelona, beliau membuang jerseynya ke padang setelah dicaci oleh oleh penyokongnya kerana persembahan buruk.

No comments:

Post a Comment