Saturday, July 24, 2010

Skuad Perancis dibubarkan.

Skuad Perancis Dibubarkan.
Jurulatih baru Perancis, Laurent Blanc memutuskan untuk membubarkan keseluruhan 23 pemain skuad Perancis pada Piala Dunia 2010 lalu untuk perlawanan persahabatan menentang Norway bulan depan. Tetapi Blanc menyatakan kemungkinan ada diantara mereka mungkin akan diserap kembali sekira kebolehan mereka diperlukan pada posisi tertentu.


Ramalho sahkan sebagai Jurulatih baru Brazil.
Jurulatih Fluminense Muricy Ramalho telah mengesahkan jawatan terbaru sebagai Jurulatih Brazil bagi menggantikan Dunga yang meletakkan jawatan. Beliau amat berbangga dengan tugas barunya itu dan dijangkakan akan diumumkan esok.
Pasukan Brazil pulang dari Piala Dunia 2010 dengan kekalahan kepada Belanda pada suku-akhir dibawah bimbingan Dunga. Sepanjang 4 tahun Pasukan Brazil bersama Dunga mereka telah dinobatkan sebagai Juara Copa America dan Juara Piala Konfederasi.

Nemanja Vidic Kekal Di MU.
Dilaporkan Nemanja Vidic, Pertahanan Manchester United telah menandatangani kontrak 4 tahun bersama MU dengan gaji  £90,000 seminggu dan menamatkan spekulasi perpindahan ke Real Madrid.

Serangan Liverpool = BarcelonaDengan kemasukan Joe Cole ke Liverpool, Arjen Robben mengakui kemampuan serangan Liverpool kini adalah setanding Barcelona (Juara Liga Sepanyol) dan menyatakan Chelsea melakukan kesilapan besar melepaskan pemain itu.

Robben yang juga adalah bekas pemain Chelsea (2004) menyatakan dengan kekuatan 3 penyerang Steven Gerrard, Fernando Torres dan Cole, Liverpool akan menjadi kuasa sebenar didalam EPL.

China akan membida Piala Dunia 2026.

Bidaan ini menjadikan satu kejutan apabila kebanyakkan negara-negara Asia menbida pada kejohanan 2022 dan mengikut peraturan terbaru FIFA kejohanan paling berprestij ini tidak mungkin akan diadakan pada satu-satu benua berturut-turut.

Terdahulu Jepun, Korea Selatan, Australia and Qatar membida untuk 2018 tetapi menurut Ketua
Chinese Football Association, Wei Di walaupun Kejohanan 2022 diadakan di Asia, China tetap akan menghantar pemohonan kerana beliau percaya dengan kebolehan dan kemudahan-kemudahan yang ada untuk membuat penganjuran. Semuanya tidak mengenai kejayaan atau kegagalan tetapi ia mengenai penyertaan, tambah beliau lagi. kenyataan ini juga dilaporkan menjadi kontroversi setelah terdapat laporan terdapat pegawai kedutaan Australia di China yang cuba menelefon mereka untuk mendapatkan keterangan.

No comments:

Post a Comment