Thursday, March 24, 2011

Jose Mourinho akan kembali ke EPL

Jose Mourinho hari ini mengesahkan yang dia akan ke EPL selepas dia meninggalkan Real Madrid mungkin hujung musim ini. Dengan hanya memberi keterangan bahawa kelab tersebut adalah "Kelab yang paling sukar di dunia", kini status kelab tersebut masih lagi samar.

Dia amat berbesar hati untuk menerima tawaran kelab tersebut memandangkan England adalah sebuah negara yang banyak memberi kejayaan kepada kariernya sebelum ini dan dia amat bergembira berada di England.

Selain itu, dia juga tidak mendedahkan apakah status kontraknya bersama Real Madrid sekiranya menerima tawaran tersebut kerana kontrak tersebut masih berbaki 3 tahun lagi.

Dia memberitahu yang dia amat merindui hari-harinya di England dan mempunyai sesuatu yang masih belum dikecapinya di England dan mahu melakarkannya selepas ini. Dan ia akan lebih bermakna sekiranya dia melakukannya melalui projek jangka panjang tidak seperti terdahulunya apadia dia datang ke Chelsea, barisannya pemainnya memang sudah sedia kental.

Mari kita meneka kelab manakah yang akan mendapatkan Mourinho. Banyak kemungkinannya, berbanding dengan musim-musim sebelumnya, musim ini banyak soal kredibiliti pengurus-pengurus EPL mula dipersoalkan dan beberapa kelab juga telah menyingkirkan pengurus mereka. Malahan sehingga kini sudah kedengaran pengurus tersohor seperti Arsene Wenger pun sudah diajak berundur selain, kedudukan Steve Kean di Blackburn dan Kenny Dalglish di Liverpool masih lagi kabur.

Tetapi bila mendengar frasa Mourinho "Kelab yang paling sukar di dunia", dan dia mahu mengecapi kejayaan di England selepas ini melalui projek jangka panjang. Kini dalam senarai barisan kemungkinan kelab-kelab tersebut saya mahu tambah lagi satu kemungkinannya, QPR. QPR kini sudah menduduki takhta Liga Kejuaraan dan mungkin boleh ke EPL pada musim hadapan dan jangan lupa pemilik QPR Lakshmi Mittal adalah individu kedua terkaya sebagai pemilik kelab di England selepas Sheikh Al-Mansur di Manchester City.

No comments:

Post a Comment