Saturday, December 29, 2012

Wenger mendesak SAF lepaskan Nani untuk Arsenal


Akibat tekanan daripada penyokong Arsenal yang mahukan Wenger melepaskan jawatan, kini, dia mendesak pengurus Manchester United Alex Ferguson "membalas budinya" (yang melepaskan Van Persie ke Old Trafford pada musim panas lalu) melepaskan pemain sayap Manchester United Nani ke Arsenal. Nani adalah sasaran terbaik Arsenal pada masa ini untuk memenuhi keadaan semasa di Arsenal dimana Walcott berkemungkinan akan berubah ke posisi penyerang dimana Andrey Arshavin dan Marouane Chamakh berkemungkinan dilepaskan Januari ini.

Selain Nani, Wenger juga mensasarkan sayap Crystal Palace Winfred Zaha, Luke Shaw yang berkemungkinan menggantikan Andre Santos dan penjaga gol Liverpool, Pepe Reina (dikatakan Brendan Rodgers kini mensasarkan Jack Butland dari Birmingham).

Melepaskan Van Persie ke skuad saingan (Manchester United) mungkin adalah sesuatu yang kurang popular tetapi Wenger tiada mempunyai pilihan kerana Juventus mahukan Van Persie dengan harga yang rendah.

Dan sekarang Sir Alex Ferguson juga harus melakukan perkara serupa kerana Nani kini juga berada pada situasi seumpama Van Persie dimana kontraknya bakal berakhir sedikit masa lagi. Terdahulu, Nani dikatakan enggan menyambung kontrak terbaru dengan Manchester kerana mahukan gaji yang lebih tinggi. Mungkin inilah masanya SAF membalas budi yang ditaburkan Wenger pada musim panas lalu.

Dijangkakan harga perpindahan Nani pada masa ini berada dilingkungan £12m dan permohonan gajinya disekitar £90,000 seminggu, adalah setara dengan bajet yang diberikan kepada Wenger untuk mendapatkan pemain bertaraf bintang.

No comments:

Post a Comment