Tuesday, January 4, 2011

Drogba dedahkan ketegangan di bilik persalinan Chelsea

John Terry merayakan gol ketiga mereka keatas Villa tetapi
dinafikan kemenangan hasil jaringan lewat Villa pada minit
terakhir perlawanan hujung minggu lalu.
Didier Drogba mengakui prestasi merudum Chelsea sekarang adalah disebabkan oleh ketegangan yang dirasai di bilik persalinan mereka. Selain itu ia juga berpunca daripada masalah kecederaan pemain utama Chelsea selain serangan malaria yang dialaminya.

Walaubagaimanapun, Drogba mendedahkan situasi yang hampir serupa juga berlaku pada musim lalu tetapi dengan masalah kecederaan yang serius dan kekurangan jaringan gol pada musim ini, masalah ini kelihatan agak ketara.

Drogba menambah Carlo Ancelloti dan keseluruhan skuad tidak bergembira dengan dengan persembahan minggu lalu kerana mereka tidak menyangka akan mengalami kekalahan ditangan Arsenal dan ia menyebabkan ketegangan di bilik persalinan. Walaubagaimanapun, perjalanan musim ini masih panjang lagi dan mereka berharap akan mendapatkan tiga mata semasa perlawanan menentang Wolves nanti.

Kejayaan menewaskan Bolton minggu lalu sedikit sebanyak telah menceriakan mereka tetapi mereka tidak bernasib baik setelah seri dengan Aston Villa dalam perlawanan terakhir mereka akibat jaringan gol lewat.

No comments:

Post a Comment