Tuesday, January 11, 2011

Real Madrid 4-2 Villareal : Mourinho dan kontroversi lagi


Jurulatih Real Madrid, "The Coosen One" Jose Mourinho hari ini menimbulkan kontroversi lagi dengan aksi merayakan gol pasukannya semasa menentang Villareal Ahad lalu di Bernabeu. Real Madrid memenangi perlawanan tersebut dengan kemenangan 4-2 tetapi pasukan mereka sedikit tertekan kerana dua kali ketinggalan walaupun telah berjaya menyamakan kedudukan. Cristiano Ronaldo telah menjadi hero pasukan dengan menjaringkan hatrik pada perlawanan tersebut.

Semasa jaringan gol "pengesahan" kemenangan mereka oleh Kaka di minit ke-82, Mourinho telah meninggalkan kerusinya di bangku simpanan dan berada berhadapan pemain-pemain simpanan Villareal dan mengangkat tangan kearah mereka merayakan gol tersebut.

Pemain simpanan Villareal Cani bagaimanapun memberi reaksi dengan melemparkan botol minuman kearahnya tetapi tersasar. Pengadil perlawanan memberi reaksi dengan melayangkan kad merah kepada Cani.

Mourinho memberitahu barisan pemain simpanan Villareal menyangkakan yang dia telah memperlekehkan mereka dengan aksi merayakan jaringan tersebut tetapi mereka tersalah faham kerana dia merayakan gol tersebut dengan anaknya yang berada di belakang barisan pemain simpanan Villareal.

Jurulatih Villareal Juan Carlos Garrido berkata dia amat terkejut dengan keputusan pengadil tersebut. Mourinho memang sedia dikenali dengan sikapnya yang memperlekehkan pasukan lawan di dalam dan di luar padang.

No comments:

Post a Comment