Wednesday, January 5, 2011

Bekas Jurulatih Hoffenheim berminat ke Liverpool

Ghana juga dikatakan berminat untuk mendapatkan khidmat
Ralf Rangnick
Dengan kedudukan Roy Hodgson yang tidak menentu di Anfield sekarang, rata-rata peminat mahukan bekas pengurus mereka Kenny Dalglish, menggantikan tempat Hodgson.

Tetapi lain pula pendapat pemilik kelab tersebut yang mengajak penyokong mereka beralih pandang ke Jerman untuk memerhatikan seorang jurulatih yang kurang ternama. Apa salahnya jika peluang keemasan untuk menguruskan Liverpool diberikan kepada seseorang yang menunjukkan rekod yang cemerlang di kelab yang tidak ternama cuba merealisasikan kecermelangan tersebut diperingkat tertinggi.

Orang yang dimaksudkan adalah bekas jurulatih Hoffenheim yang baru sahaja meletakkan jawatannya di sana minggu lalu, Ralf Rangnick. Apa yang menarik perhatian pihak pengurusan Liverpool mengenai calon ini adalah kerana corak permainan pantas Hoffenheim dengan formasi 4-3-3 yang diamal Rangnick.

Selain Liverpool, Skuad Ghana juga dikatakan berminat untuk mendapatkannya. Menurut sumber daripada agennya di Jerman Rangnick amat teruja untuk menguruskan Liverpool, sebuah kelab yang penuh dengan tradisi yang hebat, tetapi belum lagi menerima apa-apa tawaran daripada Liverpool. Selain itu Rangnick juga amat mengikuti perkembangan bolasepak di England.

Rangnick meninggalkan Hoffenheim selepas 4 1/2 tahun disana setelah tidak sependapat dengan pemilik kelab tersebut Dietmar Hopp. Pada 2006, Hopp dikatakan ingin merealisasikan hasratnya untuk membawa Hoffenheim ke Bundesliga dan menjadi kuasa baru di Jerman. Hopp telah mendapatkan Rangnick pada 2006 dan dua tahun kemudiannya dia telah berjaya merealisasikan permintaan Hopp dan berjaya mengungguli Budesliga pada awal permulaan musim ini. Tetapi selepas penjualan ayam tambatan mereka Luis Gustavo ke Bayern Munich, Rangnick mula menyedari yang Hopp sudah tidak fokus kepada hasratnya dulu dan meletakkan jawatan.

Apa yang menarik mengenai Hoffenheim dan Rangnick ialah dia berjaya membawa Hoffenheim ke Budesliga hanya dua tahun sahaja dan sehingga sekarang masih gah di Budesliga tanpa pernah berada di zon penyingkiran. Dan Hoffenheim dikatakan hanya semusim sahaja berada di liga kedua Jerman dan terus melayakkan diri ke Liga Utama pada musim berikutnya. Rangnick dikatakan telah mensasarkan mereka akan layak ke Kejohanan Eropah pada tahun ini tetapi tidak kesampaian setelah dia mengundurkan diri.

Kegagalannya untuk merasakan bahang Kejuaraan Eropah tidak kesampaian di Hoffenheim tetapi dia merasakan mungkin Liverpool boleh merealisasikan kehendaknya tersebut. Rangnick tidak mempunyai masalah komunikasi kerana dia pernah belajar di England sebelum ini.

No comments:

Post a Comment