Saturday, January 15, 2011

Bekas pemain MU direman untuk siasatan kecurian kereta

Bekas Defensive midfielder Manchester United, Ronnie Wallwork telah direman untuk siasatan polis keatas kes kecurian kereta yang digunakan untuk melakukan jenayah yang serius. Dia telah diberkas semasa mendapatkan penerbangan kapalterbang di Lapangan Terbang Manchester dan direman sehingga minggu depan untuk membantu siasatan kes tersebut.

Wallwork pernah memenangi EPL bersama Manchester United pada musim 2001 tetapi gagal berada di kesebelasan utama Manchester United pada tahun berikutnya kerana kehadiran Roy Keane dan Nicky Butt di posisi tersebut. Dia juga pernah dikaitkan dengan kontroversi menyerang pengadil di Belgium semasa dipinjamkan ke Kelab Royal Antwerp.

Dia adalah antara pemain remaja yang lama berada di Manchester United (1993-2002) dan sering dipinjamkan ke kelab-kelab lain sebelum berpindah ke WBA pada 2002. Selain itu dia juga pernah bermain untuk Barnsley, Huddersfield dan Sheffield Wednesday.

Pada 2006 Wallwork pernah ditikam sebanyak tujuh kali oleh seorang lelaki di sebuah bar di Manchester kerana curigakan perhubungan Wallwork dengan teman wanitanya.

No comments:

Post a Comment