Tuesday, January 11, 2011

Maradona bakal menguruskan kelab England.

Selepas kekalahan di Old Trafford semalam, hari ini Kenny Dalglish telah melantik bekas pembantu pengurus yang pernah berkhidmat di West Ham, Chelsea dan Newcastle, Steve Clarke untuk membantunya di Liverpool. Tetapi itu adalah perkhabaran yang biasa kedengaran berikutan kemasukan pengurus baru di dalam sesebuah pasukan.

Cuma yang agak menggemparkan ialah bagaimana sebuah kelab yang tidak dikenalpasti lagi di EPL sekarang yang kini dalam fasa permulaan untuk membawa Raja bolasepak dunia, Deigo Maradona untuk menguruskan kelab mereka.

Bukan untuk merendahkan kemampuan Raja Bolasepak itu tetapi adakah sesuai bagi Maradona menguruskan sebuah kelab yang dia sendiri tidak pernah merasa situasi liga ini. Boleh dikatakan ketika di Eropah dulu Maradona hanya berada di Itali sahaja dimana rentak permainannya amat berbeza dengan permainan pantas EPL. Bagaimanapun ia mungkin akan menjadikan pendedahan kepada Maradona untuk merasakan pengalamannya berada di EPL ataupun batu loncatan baginya untuk terus berjaya kembali di Eropah bukan sebagai pemain tetapi sebagai jurulatih.

Hari ini Maradona mendedahkan yang dia akan ke London bulan depan untuk menghalusi tawaran menguruskan sebuah kelab EPL. Sekiranya kesepakatan dicapai hasratnya untuk ke England akan tercapai.

Sehingga kini belum dipastikan lagi kelab mana yang menawarkan tawaran tersebut tetapi terdapat khabar angin yang mendedahkannya kelab tersebut adalah Fulham, tetapi dia juga pernah dikaitkan dengan tawaran daripada Aston Villa.

No comments:

Post a Comment