Saturday, January 15, 2011

Clash of the week : Tottenham vs Man Utd

Kalau 15 tahun dulu mungkin perlawanan tumpuan mingguan adalah diantara Liverpool menentang Everton. Betapa gahnya rakan berkejiranan ini menguasai Liga Perdana Inggeris pada pertengahan musim 80-an dulu yang menunjukkan dominasi Merseyside pada zamannya dimana piala tersebut sering bertukar tangan diantara mereka.

Tetapi pada 2011 ini saya merasakan perlawanan tumpuan minggu ini adalah diantara Tottenham menentang Manchester United. Bermacam perang mulut sudah kedengaran pada minggu ini antara kedua-dua pasukan masing-masing mahu membuktikan bahawa merekalah yang paling gagah.

Sir Alex Ferguson telah menanyakan soalan kepada Redknapp, mampukah mereka mengejar kejuaraan EPL pada tahun ini setelah Tottenham juga akan mengharungi perlawanan Liga Kejuraaan Eropah pada masa yang sama?

Sir Alex menambah dengan tugasan Tottenham menentang AC Milan pada perlawanan Liga Kejuaraan Eropah dan menghadapi pertarungan domestik nanti, ia adalah suatu tugas yang getir buat anak buah Harry Redknapp.

Sir Alex memberitahu ini adalah kali pertamanya mereka bertandang ke White Hart Lane dengan status Tottenham untuk merebut kejuaraan.

Manchester United dijangkakan akan menurunkan tiga pemain bintang yang bakal beraksi kembali iaitu Wayne Rooney, Nemanja Vidic dan Edwin van der Sar yang tidak diturunkan semasa perlawanan menentang Liverpool minggu lepas.

Menjawab persoalan Sir Alex, hari ini pemain utama Tottenham, Rafael Van Der Vaart  menjawab bahawa mereka berkemampuan menjuaarai EPL pada tahun ini.

No comments:

Post a Comment