Tuesday, January 4, 2011

Bayangan kejuaraan Manchester United

Tidak disangka sebenarnya kejayaan Manchester United mempertahankan rekod tanpa kalah mereka sehingga awal tahun 2011 pada perlawanan terakhir mereka menentang Birmingham minggu lepas seperti memberi petunjuk bahawa mereka berkemungkinan akan dinobatkan sebagai Juara pada musim ini. Perlawanan tersebut berkesudahan dengan keputusan seri 1-1.

Bukan untuk mengada-adakan cerita tetapi sebenarnya jika berdasarkan sejarah sebelumnya, pasukan mereka adalah pasukan ketujuh sepanjang perlawanan liga elit England yang berjaya mengelakkan sebarang kekalahan sehingga awal tahun baru. Dan hanya satu sahaja daripada enam pasukan yang berjaya melakukannya sebelum ini gagal untuk meraih kejuaaraan.

Berdasarkan rekod semasa sekarang Manchester United belum lagi ditewaskan di EPL sejak ditewaskan Chelsea 2-1 pada April 2010 musim lalu. Namun apa yang dimahukan mereka sekarang adalah untuk menyamai rekod tanpa kalah sepanjang musim seperti yang dilakukan oleh Preston pada 1888-89 dan Arsenal pada 2003-04.

Namun ia agak sukar dicapai oleh Manchester United yang terpaksa bertandang ke Chelsea, Arsenal, Tottenham dan Liverpool pada kempen pusingan kedua nanti.

Rekod tanpa kalah pasukan EPL terdahulu dan Keputusan Kejuaraan.
1888-89 : Preston – Tanpa kekalahan sepanjang musim [Juara]
1899-1900 : Sheffield United – tewas ditangan Bury pada 20 Jan 1900 [Kedua selepas Aston Villa]
1973-74 : Leeds United – tewas ditangan Stoke pada 23 Feb 1974 [Juara]
1987-88 : Liverpool – tewas kepada Everton pada 20 March 1988 [Juara]
1990-91 : Arsenal – tewas kepada Chelsea pada 2 Feb 1991 [Juara]
2003-04 : Arsenal – Tanpa kekalahan sepanjang musim [Juara]

No comments:

Post a Comment