Monday, January 10, 2011

Redknapp akui gagal dapatkan Beckham

Tottenham Hotspur adalah diantara beberapa kelab di EPL yang ingin meminjamkan David Beckham daripada Los Angeles Galaxy semasa sessi persediaan pra-musim liga MLS.

Berdasarkan prestasi semasa, Tottenham dikatakan menarik perhatian Beckham untuk kesana setelah dia juga dipancing dengan ganjaran yang lumayan oleh Blackburn. Tetapi hari ini pengurus Tottenham, Harry Redknapp mengumumkan yang perpindahan Beckham ke sana mungkin tidak akan kesampaian gara-gara masalah insuran yang tinggi.

Walaubagaimanapun dia menambah Beckham dialu-alukan untuk menjalani latihan bersama mereka selama sebulan ataupun lebih, tetapi besar kemungkinan dia tidak dapat bermain untuk Tottenham. Masalah urusan untuk mendapatkan Beckham secara pinjaman daripada LA Galaxy mencapai jalan buntu setelah pembayaran insuran yang tinggi yang diminta oleh Galaxy. Galaxy terpaksa mengambil langkah yang lebih selamat pada musim ini setelah pada musim lalu Beckham telah mengalami masalah kecederaan Achilles yang serius semasa dipinjamkan ke AC Milan.

Ia adalah sesuatu yang amat menyedihkan bagi Beckham yang mempunyai 115 caps bersama England untuk beraksi di EPL supaya dapat menarik perhatian Fabio Capello membawanya kembali ke skuad England.

Redknap bagaimanapun memberitahu kedatanga Beckham ke kem latihan sukad utama mereka sedikit sebanyak dapat memberi inspirasi kepada pemain muda mereka terutamanya untuk menghadapi saingan Liga Juara-Juara Eropah nanti.

No comments:

Post a Comment