Thursday, September 2, 2010

Hasrat Arteta untuk mewakili England tidak kesampaian

FA England mengumumkan bahawa Mikel Arteta tida mungkin bermain untuk England. Spekulasi berbangkit mengenai Arteta ini akhirnya terjawab setelah terdapat satu klausa kecil didalam perundangan FIFA pada Artikel 18.1.a yang menyatakan  "Mana-mana pemain yang pernah mewakili negara asal mereka di dalam sesuatu pertandingan rasmi pada setiap peringkat mesti pada waktu tersebut memegang passport untuk negara yang ingin diwakili selepas itu bagi membolehkan proses penukaran pasukan dilakukan".

Banyak desas-desus menyatakan bahawa Arteta akan mengambil kerakyatan UK untuk membolehkannya bermain untuk England setelah bulan lalu Arteta menyatakan kesediaannya untuk bermain untuk England.

Arteta pernah bermain untuk Sepanyol dalam Kejohanan Eropah bawah-16 dan Piala Dunia FIFA bawah-17 dan ini menyebabkan permohonan untuk mewakili England akan ditolak secara automatik.

No comments:

Post a Comment