Monday, September 27, 2010

Almunia tidak setaraf Arsenal

Bekas pengurus Arsenal George Graham memberi komen Arsenal tidak mengkin akan menjadi pencabar utama di EPL sekiranya masih menggunakan Manuel Almunia sebagai penjaga gawang utama mereka.
Komen ini berikutan kesilapan Almunia yang membolehkan Gonzalo Jara menjaringkan gol kedua WBA kelmarin dalam perlawanan yang berkesudahan Arsenal dikejutkan dengan kekalahan 2-3 kepada kelab yang baru dinaikkan ke EPL musim ini.

Semasa jangka waktu perpindahan lalu Arsenal sudah mencuba untuk mendapatkan penjaga gol seperti Mark Schwarzer dari Fulham tetapi semua urusan mereka tidak mencapai kata putus mengakibatkan Arsenal gagal membawa seorang pun penjaga gol yang mereka mahukan.

George Graham menambah Almunia adalah seorang penjaga gol yang baik setanding dengan penjaga gol yang lain dari pasukan EPL yang lain tetapi untuk Arsenal yang mementingkan persembahan yang cemerlang untuk terus mencabar lawan yang lain di EPL mereka juga memerlukan seorang penjaga gol yang cemerlang dan mencadangkan supaya Arsenal cuba mencarinya walaupun di luar England dan Eropah.

Komen Arsene Wenger
Wenger menyifatkan kekalahan semalam bukan berpunca daripada Almunia kerana dia juga berjaya mematahkan beberapa cubaan lain daripada pemain WBA termasuk menyatakan bahawa gol pertama adalah daripada sepakan penalti.

Arsenal tewas kerana kelemahan disemua unitnya dan kelemahan tersebut dapat di lihat dari keseluruhan bahagian termasuk pertahan dan tengah.

No comments:

Post a Comment