Thursday, September 30, 2010

West Ham membuat tawaran untuk menggunakan Stadium Olympic London

West Ham bercadang untuk berpindah ke Stadium Olympic London selepas sukan Olimpik 2012 nanti. West Ham akan menyerahkan cadangan tersebut kepada Olympic Park Legacy Company.

Kekurangan stadium ini ialah rekabentuknya yang tidak sesuai untuk perlawanan bolasepak di England kerana mempunyai trek larian di sekeliling padang. Dilaporkan West Ham bercadang untuk membuat beberapa pengubahsuaian termasuk mengurang kapasiti penonton kepada hanya 60,000 penonton.

Selain West Ham Tottenham juga dikatakan berminat untuk berpindah kesini tetapi terpaksa melupakan hasrat mereka kerana sebarang tawaran yang dibuat Tottenham mengakibatkan cadangan pembangunan infrastruktur di White Hart Lane tidak akan diluluskan.

No comments:

Post a Comment