Sunday, September 19, 2010

Manchester United juga didakwa sedang mengalami kejatuhan

Musim ini mungkin akan menjadi penentuan untuk Liverpool terus bersaing sebagai pencabar utama EPL setelah diambilalih oleh Roy Hodgson atau menjadi seperti pasukan Everton yang gah pada era 80an dulu tetapi kini hanya menghuni dipertengahan liga sahaja.

Terdapat komen yang menyatakan bahawa Sir Alex perlu mendapatkan pemain yang berkaliber sekiranya mahu terus bersaing untuk tahun-tahun akan datang. Dengan dua pemain terbaik mereka sekarang Paul Scholes and Ryan Giggs yang sudah menjangkau lebih daripada 35 tahun dan penjaga gol Edwin van der Sar yang akan mencapai umur 40 tahun bulan depan usaha yang keras mesti dilakukan keatas pasukan untuk terus berada di kelompok pasukan yang boleh bersaing di liga juara-juara Eropah.

Dan sekiranya Alex Furgeson menyatakan hasratnya untuk bersara, bagaimanakah pula nasib pasukan ini?

No comments:

Post a Comment