Monday, September 13, 2010

Nasib Rooney untuk perlawanan menentang Rangers masih samar

Sir Alex Ferguson berkata beliau tidak menyesal kerana menyisihkan Rooney daripada kesebelasan utama skuad Man United menentang Everton Sabtu lepas dan tidak akan memikirkan samada untuk menurunkan Rooney pada perlawanan Kejuaraan Eropah nanti menentang Juara Scotland Rangers walaupun Rooney telah menjaringkan gol untuk England baru-baru ini.

Rooney telah menjadi perhatian umum kerana kesnya yang dilaporkan melanggan 2 orang pelacur semasa isterinya sedang sarat mengandung. Tindakannya itu telah mendapat reaksi negatif daripada beberapa pengurus pasukan lain termasuk pengurus England sendiri dan peminat-peminat bolasepak England.

Tanpa Rooney pada perlawanan menentang Everton Sabtu lepas Manchester United telah mengalami keputusan seri untuk kali kedua pada musim ini dengan keputusan 3-3 hasil dua jarigan lewat Tim Cahill dan Mikel Arteta.

No comments:

Post a Comment