Monday, September 20, 2010

Aksi Berbatov bersama MU makin meyakinkan

Sir Alex percaya Dimitar Berbatov akhirnya sudah bersedia untuk mendominasi EPL apabila Berbatov menjaringkan hatrick semasa pertemuan dengan Liverpool semalam. Manchester United menewaskan Liverpool 3-2 dengan kesemua jaringan United dijaringkan oleh Berbatov.

Berbatov memulakan kempen yang suram bersama Man United sejak berpindah dari Tottenham pada 2008 dengan nilai £30 million. Mungkin kerana dengan kehadiran Ronaldo dan Rooney pada tahun-tahun sebelumnya menenggelamkan keupayaan sebenarnya yang pernah menjadi pemain Tottenham yang digeruni sebelum dipancing ke Old Trafford.
Sehingga kini Berbatov sudah menjaringkan 7 gol daripada enam permainan.

No comments:

Post a Comment