Monday, September 6, 2010

Ottmar Hitzfeld tolak tawaran menguruskan Man United

Menjelang pertemuan pertama Switzerland menentang England esok, jurulatihnya Ottmar Hitzfeld mula membuat sedikit spekulasi bahawa beliau pernah menolak tawaran untuk menguruskan Manchester United pada tahun 2002 dahulu. Pelawaan itu ditolak bersebabkan bahawa beliau tidak boleh bertutur dalam bahasa Inggeris.

Man Utd memang pernah menyenaraikan beberapa jurulatih apabila Sir Alex Furgeson menyatakan bahawa dia akan bersara selepas musim 2001-1002 lalu. Hitzfeld adalah orang ketiga mendedahkan tawaran Manchester United pada 2002 lalu selepas Sven Goran Eriksson dan Louis Van Gaal. Mungkin kerana kejayaannya membawa Bayern Munich menjuarai Kejuaraan Eropah pada musim 2001.

Kini, beliau lebih selesa memimpin pasukan Swiss yang mempunyai pemain-pemain yang boleh bertutur berbagai bahasa di Eropah kerana mereka semua boleh memahami bahasa German yang diarahkan olehnya.

No comments:

Post a Comment