Sunday, September 5, 2010

Micheal Dawson direhatkan selama 6 minggu

Pemain pertahanan England dan Tottenham yang mengalami kecederaan semasa separuh masa kedua pertemuan yang memihak kepada England menewaskan Bulgaria 4-0 semalam akan terlepas peluang untuk mewakili England untuk 2 perlawanan kelayakan Eropah 2012 dan 3 perlawanan Kejuaraan Eropah bersama Tottenham.

Berita ini nampaknya amat mengusarkan pengurus Tottenham Harry Redknap yang dilanda masalah kecederaan pemain pada posisi bek tengah dengan Jonathan Woodgate yang masih lagi mengalami kecederaan panjang dan Ledley King yang tidak melepasi tahap kecergasan.

Bagaimanapun tiada muka baru akan dimasukkan ke skuad England kerana Fabio Capello amat berpuas hati dengan skuad yang sedia ada.

No comments:

Post a Comment