Wednesday, September 8, 2010

Enzo Zidane : Anak kepada Zidane

Berita yang hangat diperkatakan di Sepanyol sekarang sekarang mengenai kemanakah hala tuju Enzo Zidane, anak kepada bekas pemain terkemuka Perancis, Zinedine Zidane. Banyak persoalan diajukan kepada Zinedine Zidane negara manakah yang layak diwakili oleh anaknya selepas ini samada Perancis ataupun Sepanyol.

Dari satu sumber memberitahu Enzo sudah pasti akan mewakili Sepanyol kerana pada masa ini Enzo yang berumur 15 tahun telah pun membintangi barisan skuad muda Real Madrid. Tetapi Zinedine meredakan spekulasi ini dengan menyatakan ia bergantung kepada tawaran dari negara mana dahulu dan dia akan memutuskannya selepas itu.

No comments:

Post a Comment