Tuesday, September 14, 2010

Jamie Redknapp kecam prestasi Torres

Bekas pemain Liverpool Jamie Redknapp mengecam Fernando Torres dengan menyatakan Torres kurang keinginan untuk bermain sehingga ke tahap tinggi.

Torres yang bergelut untuk mengembalikan prestasi terbaiknya sejak kecederaan pada musim lalu kelihatan kurang bergerak semasa Liverpool seri 0-0 dengan Birmingham. Pergerakan Torres senantiasa dapat dikekang oleh Roger Johnson and Scott Dann.

Sejak penampilan Torres bersama Sepanyol pada Piala Dunia lalu Torres sentiasa dikecam oleh pemerhati bolasepak dan kini Jamie Redknapp adalah yang terbaru. Pada perlawanan Sabtu lepas Redknapp menyatakan Torres kurang mengawal bola, tidak mengejar dan selalu kecewa kerana kurang semangat untuk bermain.

Bagaimanapun Roy Hodgson menyangkal kenyataan ini dengan menyatakan prestasi Torres makin baik dari setiap perlawanan.

Bekas pengurus Liverpool Kenny Dalglish yang juga bertanggungjawab membeli Jamie Redknapp pada 1991 menyokong kenyataan Roy Hodgson dengan menyatakan keputusan Sabtu lepas adalah tanggungjawab keseluruhan pasukan dan menambah pergelutan pemain untuk mengembalikan prestasi terbaik mereka selepas kecederaan adalah perkara yang biasa.

No comments:

Post a Comment