Thursday, September 23, 2010

Fergie mahu Ronaldo kembali ke Old Trafford

Perasaan tidak puas hati Ferguson dengan bahagian midfield Manchester United nampaknya semakin dapat dirasai oleh peminat-peminat Manchester United. Dengan belenggu masalah kecederaan pemain-pemain di bahagian itu dan selepas Fergie membuat komen mengenai bahagian tengah pasukan itu yang kekurangan kreativiti selepas seri 2-2 dengan Rangers dalam perlawanan Liga Juara Eropah minggu lepas, kini tersebar pula cerita di seluruh England dan Sepanyol yang mengatakan Fergie sedang berusaha untuk mendapatkan kembali Cristiano Ronaldo yang dijual ke Real Madrid dengan harga £80 Million.

Cristiano Ronaldo dilaporkan tidak begitu bergembira di Real Madrid dengan hanya menjaringkan 2 gol daripada 5 perlawanan Real Madrid setakat ini dan dia juga sedang berusaha untuk mendapatkan kembali tahap persembahan terbaiknya.

No comments:

Post a Comment