Saturday, September 25, 2010

Gerrard: Liverpool akan berada di kelompok 4 terbaik

Steven Gerrard mensasarkan Liverpool berada pada kedudukkan keempat EPL sehingga tamat musim ini, sasaran ini sudah mencukupi buat juara 18 kali EPL ini dan jika Liverpool berjaya menjuarainya ia adalah satu bonus.

Liverpool kini berada pada kedudukan ke 16 dengan hanya mengutip 5 mata daripada 5 perlawanan dan dimalukan oleh oleh pasukan Division dua Northampton Town dalam pelawanan English Carling Cup. Walaubagaimanapun Gerrard masih realistik dengan kemampuan Liverpool selepas ini dan mereka mampu bangkit kembali daripada kekalahan yang lalu.

Kekalahan kepada Northampton dianggap adalah satu kejutan terbesar di dalam sejarah bolasepak Liverpool dan Gerrard mahu kesilapan ini akan menjadi punca kebangkitan Liverpool selepas ini.

No comments:

Post a Comment