Wednesday, September 29, 2010

Rooney direhatkan selama 3 minggu

Wayne Rooney terpaksa disisihkan daripada skuad Manchester United dan England untuk selama tiga minggu berikutan kecederaan buku lali yang menimpanya.

Penyerang yang kekurangan bisanya pada permulaan musim ini dimasukkan sebagai pemain simpanan semasa United menentang Bolton hujung minggu lalu juga tidak akan dibawa ke Valencia malam esok untuk perlawanan Liga Juara-Juara.

Rooney juga akan terlepas peluang untuk beraksi dalam perlawanan EPL berikutnya menentang Sunderland dan juga perlawanan untuk England menentang Montenegro 12 Oktober nanti untuk kempen England didalam Kelayakan Eropah 2012.

Selain itu Paul Scholes juga tidak akan diturunkan Manchester United untuk perlawanan menentang Valencia nanti kerana kecederaan betis.

No comments:

Post a Comment