Wednesday, September 22, 2010

Benitez membalas kritikan terhadapnya

Selepas Benitez dikritikan hebat oleh Alex Furgeson dan Jose Mourinho mengenai pencapaiannya di Liverpool, hari ini dia mengumumkan bahawa dia sangat gembira berada di Inter Milan kerana mempunyai seorang Presiden Kelab, Massimo Moratti yang amat memahami bolasepak. Sebaliknya di Liverpool dia menghadapi ketengangan hubungan yang berpanjangan dengan pemilik Liverpool Tom Hicks and George Gillett dan menyifatkan kedua-dua bekas majikannya itu tidak tahu menahu tentang bolasepak.

Inter Milan dibawah Benitez memulakan kempen liga dengan baik dengan dua kemenangan dan satu seri daripada tiga perlawanan. Di dalam perlawanan Liga Juara Eropah pula Inter hanya seri 2-2 dengan Twente.

Semuanya bermula dengan baik bagi Benitez di Inter Milan cuma sedikit komen daripada penyerang Inter Diego Milito yang menyatakan dia tidak selesa berada bersama Benitez kerana sering diletakkan sebagai pemain simpanan.

No comments:

Post a Comment