Tuesday, September 14, 2010

Fulham kehilangan Bobby Zamora empat bulan

Penyerang Fulham dan England Bobby Zamora mengalami kecederaan kaki dan terpaksa direhatkan sekurang-kurangnya 4 bulan.

Zamora ditimpa kecederaan semsa perlawanan EPL menentang Wolves Sabtu lepas yang berkesudahan Fulham menewaskan Wolves 2-1.

Zamora yang menandatangani kontrak 4 tahun di Craven Cottage sehari sebelum kecederaan terpaksa dileluarkan 30 minit selepas perlawanan setelah bergelut dengan captain Wolves Karl Henry. Mark Hughes mengesahkan berita kecederaan ini selepas Zamora berjaya menjalani operasi pembedahan Ahad lepas.

Zamora, 29, mendapat caps pertama England semasa perlawanan menentang Hungary bulan lepas. Berita ini sedikit sebanyak telah menggangu persiapan Fabio Capello menentang Montenegro di Wembley bulan depan setelah Jermain Defoe juga dikatakan hanya dapat bermain semula selepas tiga bulan kerana masalah kecederaan ligament tumit.

No comments:

Post a Comment